Laporan

22Ogo07

8.30 pagi :

Sesi pendaftaran peserta bermula, jumlah peserta keseluruhannya adalah seramai 180 orang terdiri daripada pelajar unisel dan sekolah. Pelajar yang telah mendaftar terus ke dewan serbaguna untuk menikmati sarapan pagi yang telah disediakan. Selesai sarapan pesrta memasuki dewan senat dan mengambil tempat duduk yang telah disediakan.

9.30 pagi :

Para tetamu jemputan menikmati sarapan pagi di meja VIP

9.50 pagi :

Para tetamu jemputan tiba di dewan senat dan mengambil tempat duduk masing-masing.

9.55 pagi :

Bagi memberkati majlis, saudara Mohd Haez Abdul Rahim telah mengetuai bacaan doa pada pagi yang indah itu.

10.00 pagi :

Tirai majlis pada pagi itu dibuka dengan alunan nasyid yang telah dipersembahkan oleh kumpulan nasyid Nur I See dengan lagu yang berjudul ‘Palestin’.

10.10 pagi :

Ucapan alu-aluan daripada pengarah program, saudari Siti Rahmah bt Masot @ Johali. Antara isi kandungan ucapan beliau ialah menjelaskan objektif Wacana Ibn Battutah diadakan:-

i. Memperkenalkan Ibn Battutah sebagai seorang pengambara tersohor dunia kepada generasi muda

ii. Mendedahkan kepada peserta dunia pengembaraan dan menjadikan Ibn Battutah sebagai ‘Role Model’

iii. Memberi peluang kepada mahasiswa untuk mendalami ilmu tamadun dunia khususnya dunia islam.

10.15 pagi :

En. Izwan Suhadak Ishak selaku moderator program pada hari itu telah memulakan pengkisahan pengembaraan Ibn Battutah. Beliau telah membaca pengenalan tentang Ibn Battutah yang terdapat dalam Rihlah Ibn Battutah. Seterusnya, En. Izwan Suhadak Ishak memberi peluang kepada peserta untuk membacakan fragmen-fragmen cerita secara spontan sambil slide show ditayangkan dengan keindahan bunyi latar yang mengasyikan. Kesinambungan kisah Ibn Battutah diteruskan lagi dari kalangan pelajar Unisel dan sekolah. Seorang guru, yang dikenali sebagai Cikgu Karim telah mendeklamasikan puisi tentang suka duka Ibn Battutah sepanjang pengembaraannya.

10.40 pagi :

Slot 1 forum pengembaraan bersama Tuan Syed Nurul Akla bin Syed Abdullah bermula. Menurut Tuan Syed Nurul Akla bin Syed Abdullah proses menterjemah karya asal kepada bahasa melayu bermula pada tahun 1993. Tuan Syed Nurul Akla bin Syed Abdullah menceritakan latar belakang Ibn Battutah atau nama sebenarnya Abu Abdillah Muhammad Ibn Ibrahim al-Lawati, meninggalkan tangier untuk menunaikan haji dimekah dan dikota suci inilah keinginan untuk mengembara tercetus dalam dirinya. Beliau mengembara ke segenap pelosok dunia Islam, bermula dari Afrika Utara hinggalah Negeri China dan kembali ke negeri asalnya. Pengembaraan sejauh 120 000 kilometer merentas benua Afrika, Eropah dan Asia telah memartabatkan Ibn battutah sebagai tokoh pengembara paling terkemuka dalam sejarah.

Ibn Battutah dilahirkan pada tahun 1304 sm dan meninggal pada tahun 1368 sm. Catatan pengembaraan Ibn Battutah telah mengatasi Marco Polo dengan jarak perjalanan hampir 75 000 batu selama 29 tahun manakala Marco Polo 25 000 batu selama 24 tahun. Ibn Battutah menceritakan segala perasaan suka dan duka sepanjang pengembaraannya tanpa berselindung berbanding Marco Polo yang akan menyembunyikan sebarang kekurangan dalam pengembaraannya. Ibn Battutah telah meninggalkan catatan pengembaraannya sebagai rujukan pengembara selepasnya dan disampaikan dengan penuh dramatik menerusi karya agung ini. Tim Mackintech- Smith dan Thomas J.Abercrombie telah berusaha menjejaki semula pengembaraan Ibn Battutah. Karya pengembaraan Ibn Battutah tersimpan berkurun lama sehingga pihak barat menemuinya pada kurun ke-19. karya asal pengembaraan Ibn Battutah kini disimpan di perpustakaan Bibliothque, Perancis.

Objektif Pengembaraan Ibn Battutah :

I. Menunaikan haji

II. Menuntut ilmu agama

III. Mencari guru-guru sufi

IV. Mendapatkan pekerjaan

Prinsip Ibn Battutah adalah ingin mengembara ke sesuatu tempat tetapi menggunakan laluan yang berbeza. Kesimpulannya Ibn Battutah merupakan ikon utama islam dalam penjelajahan tamadun dunia dan karyanya adalah warisan yang berkekalan.

11.40 pagi :

Sesi diskusi diantara peserta dan Tuan Syed Nurulakla Syed Abdullah.

1) Adakah Ibn Battutah berkahwin?

Ibn battutah akan berkahwin pada setiap tempat yang disinggahnya tetapi berpisah apabila meneruskan semula perjalanan.

2) Kenapa karya asal disimpan di perpustakaan Bibliothque bukan di muzium?

Penjagaan yang rapi akan diberikan di perpustakaan terhadap karya agung ini.

3) Apakah cabaran yang dihadapi dalam tempoh terjemahan semula karya ini?

Kurang mendapat sokongan daripada masyarakat dan masalah kewangan. Selain itu, usaha ini mendapat cemuhan daripada mereka yang tidak putus asa dengan kejayaannya.

4) Bagaimana timbul minat untuk menterjemah karya ini?

Minat timbul selepas mendapat naskah daripada N. Geographic dan mendapat galakan daripada Tun Mahathir Mohammad.

12.20 tengahari :

ulang tayang slide show pengembaraan ibn battutah untuk tatapan peserta dan sebagai persediaan untuk menjawab soalan pop kuiz.

12.30 tgh :

soalan pop kuiz diajukan oleh Tuan Syed Nurul Akla bin Syed Abdullah dan tiga orang pemenang telah menerima hadiah yang disediakan.

12.45 tgh :

saudari Noraini Mohd Taib membaca karya Ibn Battutah

– saat dramatik penceritaan ( tragedi kapal karam)

12.55 tgh :

Majlis penyampaian cenderamata kepada Tuan Syed Nurul Akla bin Syed Abdullah dan En. Izwan Suhadak Ishak oleh pengarah program. Majlis berhenti rehat untuk makan tengahari dan solat zohor.

2.05 ptg :

Montaj Persatuan i Rakan ditayangkan sebagai pengenalan tentang objektif biro-biro yang wujud dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2007.

2.15 ptg :

Slot II ‘Rihlah Rohani’ disampaikan oleh saudara Noryzal Zainal Abidin yang merupakan graduan UIA dalam kursus pentadbiran perniagaan.

Menurut saudara Noryzal tidak perlu berjalan jauh untuk mengembara kerana di mana sahaja kita berada di situ adalah pengembaraan kehidupan. Untuk mengembara ke alam rohani dan dunia memerlukan keazaman yang kuat, jangan sesekali meragukan kebolehan diri. Slide show kembara ke alam rohani ditayangkan untuk sama-sama difikirkan tentang erti kehidupan yang sangat bermakna.

3.15 ptg :

Perkongsian pengalaman pengembaraan bersama saudara Muhd Hakim dari UIA ‘Eksplorasi Korea Japan’. Objektifnya untuk membuat kajian tentang budaya dan ekonomi masyarakat setempat, membina jaringan perhubungan. Selain itu daqpat melatih untuk berbahasa Korea & Jepun serta mempelajari sosiobudaya masyarakat sebelum melakukan khidmat sosial. Semasa berada dikorea beberapa tempat telah dilawat antaranya lawatan ke persatuan muslim Korea/Jepun. Mengadakan lawatan ke tempat bersejarah dan membuat aktiviti bersama keluarga angkat.

3.30 ptg :

Slot III: ‘Wisata Madani Turki’ yang disampaikan oleh saudara Najmudin Mohd Nawi. Objektif kembara adalah untuk mengkaji jatuh bangun kerajaan Uthmaniyah dan kesannya. Pengalaman yang diperolehi sepanjang perjalanan perlu dihubungkan didalam kehidupan seharian. Sebagai seorang manusia sentiasa memiliki rasa dahagakan ilmu kerana ia sangat penting, niat juga perlu diperbetulkan bukan sekadar berjalan tetapi mengutip sebanyak mana ilmu di tempat orang dan mengaplikasikannya di tempat sendiri.

3.50 ptg :

Majlis penyampaian cenderamata kepada ketiga-tiga panel yang telah berkongsi sedikit sebanyak pengalaman mereka. Para peserta di minta untuk menulis cadangan resolusi hasil daripada Wacana Ibn Battutah.

4.15 ptg :

Ketibaan Ustaz Fathur Rahman Bin Kasdiran, Imam Masjid UNISEL untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup program wacana. Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Persatuan i Rakan di atas penganjuran program yang sangat baik. Menurut beliau Ibn Battutah menjadikan dunia sebagai tempat pencarian ilmu dan telah mendahului pengembaraan columbus. Wacana Ibn Battutah merupakan satu singkapan sejarah bagi pelajar dimana islam adalah ‘The Way of Life’. Akhir sekali ucapan terima kasih turut diberikan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

4.30 ptg :

Selesai majlis perasmian penutupan, Slot Resolusi di ambil alih oleh pengarah program. Idea-idea di ambil daripada pandangan dan cadangan para peserta serta dimasukkan di dalam Resolusi wacana. Berikut adalah resolusinya :

1. Melaksanakan Gagasan Idea Penubuhan kelab Ibn Battutah dengan melantik Tuan Syed Nurulakal bin Syed Abdullah sebagai penasihat.

2. Mengadakan diskusi Buku Pengembaraan Ibn Battutah di kalangan masyarakat.

3. Menjayakan misi khidmat masyarakat di dalam dan luar negara.

4.35 ptg :

Cabutan Nombor bertuah. Ustaz Fathur Rahman telah membuat beberapa cabutan untuk mencari pemenang yang bertuah.

4.45 ptg :

Program Wacana Ibn Battutah melabuhkan tirai. Semua peserta dan tetamu jemputan menikmati minum petang yang disediakan. Majlis bersurai.

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Al-Rihlah di bawah Persatuan I-Rakan akan mengadakan program Wacana Ibn Battutah bagi membincangkan sumbangan besar Tokoh Pengembara Dunia dan peranan yang boleh di ambil oleh generasi muda untuk meneladani kegigihan Ibn Battutah. Justeru pihak kami ingin menjemput tuan/puan/saudara/saudari menyertai program ini.

 

batutah

Ibn Battutah merupakan pengembara tersohor sejak tahun 704-779H / 1304-1377M. Catatan pengembaraan beliau ‘Rihlah Ibn Battutah’ telah membuktikan karya warisan Islam klasik & penting kepada pengkaji-pengkaji samada ditimur @ dibarat. Ia juga lambang kewujudan seorang pengembara muslim yang terulung dalam lipatan sejarah.

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN & PENDAFTARAN SILA SMS @ HUBUNGI :

Siti Rahmah Bt Masot 013-7648207 | Mohd Nor Bin Darus 012-2417582

Noraisah Bt Jainuri 012-2228260 | Noor Fazira Bt Mohd Hasbi 013-2310316

Siti Nur Damiah Bt Mohd Nasir 012-2358404 | Zahar Fahmi Bin Harun 017-7368098

 

TARIKH : 11 OGOS 2007 (SABTU)

TEMPAT : DEWAN SENAT UNISEL

MASA : 9.00 pg – 5.00 ptg

YURAN : RM10.00

:: MENARIK ::

∙AHLI PANEL : SYED NURUL AKLA SYED ABDULLAH (PENTERJEMAH BUKU RIHLAH IBN BATTUTAH)∙SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI & MINUM PETANG ∙ SIJIL PENYERTAAN ∙CABUTAN BERTUAH, POP KUIZ ∙ PELANCARAN KELAB IBN BATTUTAH & MISI KE MANINJAU, INDONESIA

:: TARIKH AKHIR HANTAR PENYERTAAN ::

Penyertaan dalam UNISEL pada 6 Ogos 2007 (Isnin)

Penyertaan luar UNISEL pada 3 Ogos 2007 (Jumaat)

 

:: Sila Muat Turun Borang Penyertaan ::

Borang Pendaftaran.pdf [pdf] | Borang Pendaftaran.doc [doc]

 


Al-Muqadimah

04Jul07

Al-Rihlah adalah nama bagi sebuah (Biro) kumpulan dan pasukan yang memainkan peranan sebagai penggerak bagi mendedahkan kepada siswa & siswi tentang tamadun dunia melalui pengembaraan seperti pengembara tersohor, Ibn Battutah. Selain itu Biro Al-Rihlah juga memberi peluang dan melatih siswa & siswi untuk menjadi sukarelawan muda yang berkeyakinan serta kaya dengan ilmu dan pengalaman. Antara objektif utama Biro Al-Rihlah :

 

1 Melahirkan pengembara muda berjiwa ‘adventurous’ yang kaya dengan ilmu dan pengalaman seperti pengembara tersohor Ibn Battutah, Ibn Jubair, Marco Polo dan Leo Africanus.

2 Mengkaji keagungan, kehebatan, jatuh dan bangun sesebuah tamadun besar dunia.

3 Menguasai bahasa-bahasa utama dan strategik dunia.

4 Melatih sukarelawan muda dengan kerja-kerja khidmat sosial dan kemanusiaan di peringkat antarabangsa.

5 Membina jaringan antarabangsa terutamanya di kalangan belia.

6 Mendedahkan sukarelawan muda kepada isu-isu antarabangsa dan dunia global dalam proses pembukaan minda.

 

 

* Al-Rihlah merupakan Biro di bawah naungan Persatuan I-Rakan, UNISEL

LogoIrakan


Peta Jelajah

03Jul07

silkroad.jpg

mapibn_bg.jpgmamlukmap1.gif

kina_kort.jpg

ibnmap2new.gif

battutamap.jpg

ibn_battuta_map.jpg

tyrkiet_kort.jpg

carbatge.gif


 

ibn12.jpg

ibn_battuta.jpg

foto_ibnbattouta.jpg



batutta-006.gif

ibn3.jpg

cammello.jpg