Rihlah Ibn Battutah: Pengenalan

23Jun07

Pengenalan

 

Ibn Battutah adalah seorang pengembara tersohor semenjak tahun 704H hingga 779H. Nama beliau ialah Abu Abdillah, Muhammad Ibn Ibrahim al-Lawati. Selain Dikenali dengan nama Ibn Battutah beliau juga dikenali dengan gelaran Syamsudin.

Ibn Battutah dilahirkan di Tanjah. Beliau tinggal di Tanjah sehinnga berusia 22 tahun. Ibn Battutah memiliki sifat taqwa yang kuat sehingga mendorong beliau menunaikan ibadah haji serta mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia pengembaraan. Ibn battutah telah menjelajah ke Mesir,Syam, Semenanjung Arab, Afrika Timur, Asia Kecil Rusia Selatan, India, China, Andalus( Sepanyol)dan juga negeri berkulit hitam ( Afrika Barat).

Beliau mengambil masa 29 tahun dan berjaya melakukan 3 siri pengembaraan. Didalam pengembaraan pertama beliau telah menjelajah keseluruh pelosok alam di timur dan barat. Semasa di India beliau menjadi kadi selama 2 tahun dan di India juga adalah negara yang paling lama beliau pergi mengembara. Seterusnya beliau menjadi kadi di China selama satu setengah tahun.

Sepanjang pengembaraan,beliau telah mencatatkan pengalaman beliau berada dinegeri orang. Beliau mencatatkan dari pelbagai aspek seperti budaya, budi pekerti masyarakatnya dan cara mereka menyambut tetamu. Selain itu beliau mencatatkan tentang akspedisi ketenteraan, peperangan, pemberontakan serta pembunuhan sultan, pembesar dan tokoh agama.

Kecintaan Ibn Battutah terhadap agama telah mendorong beliau untuk menziarahi masjid-masjid dan tempat ahli sufi. Ibn Battutah juga mengambil kesempatan untuk mengawal bukit serandib (dipulau Sri Lanka) dan juga tempat bekas tapak kaki Nabi Adam.

Semasa berada di India, Ibn Battutah merupakan orang pertama yang menceritakan kepada orang ramai mengenai kumpulan ahli sihir di India yang diberi nama Yogi. Beliau menyingkap adat resam perlakuan dan pengalaman kerohanian mereka. Beliau amat kagum dengan cara kumpulan ahli sufi melayan tetamu. Mereka terdiri daripada Ukhayyah al-Ftyan. Selain itu Ibn Battutah juga menceritakan kisah golongan Ismailliyyah yang dikenali sebagai Fadawiyah dan kubu-kubu pertahanan mereka serta pembunuhan yang mereka lakukan.

Ibn Battutah merupakan orang pertama yang menjelajah bumi Afrika dan memberikan maklumat-maklumat yamg bernilai tentang benua tersebut. Selepas pengembaraannya itu, beliau tinggal di Fez, Maghribi dan berkhidmat dengan sultan Abu Inan salah seorang pemerintah dari kalangan Bani Marin. Ibn Battutah selalu menceritakan pengalaman beliau kepada orang ramai dan akhirnya sultan menitahkan agar beliau menulis semua kisah pengembaraannya. Catatan beliau telah dirampas oleh kaum India sewaktu beliau berada di India.

Disebabkan itu beliau hanya mencatatkan apa yang diingat kepada jurutulis sultan bernama Muhammad Ibn Juzayyal al-Kalbi. Faktor ini juga mendorong berlakunya kesilapan fakta geografi dan penceritaan yang berlebihan didalam kisah pengembaraan beliau. Ibn Battutah menamai himpunan pengembaraan sebagai ‘Tuhfah al-nuzzar fi gharaib al-ansar wa’ajaibal-asfar’. Kini himpunan beliau dikenali sebagai ‘Rihlah Ibn Battutah’.

Tokoh orientalis bernama Dozy, menggelar Ibn Battutah sebagai ‘pengembara yang jujur’ kerana dari segi gaya penceritaannya menggambarkan sifat amanah didalam pengalamnnya walaupun berkaitan dengan diri sendiri. kumpulan Orientalis Di England, Perancis, Portugal dan Jerman telah menunujukkan terhadap kisah pengembaraan Ibn Battutah ini. Mereka menterjemahkannya ke dalam bahasa mereka dan menerbitkannya.


Siti Rahmah Bt Mas’ot @ Johali

JK Biro Al Rihlah

Persatuan I-Rakan

UNISEL

Advertisements


One Response to “Rihlah Ibn Battutah: Pengenalan”

  1. 1 acahmakenon

    Ibn Battutah atau nama lainnya Syamsudin seawal usia 22 tahun telah mulakan pengembaraan rohaninya untuk merekodkan suasana sesuatu tempat agar orang kemudian boleh ambil pelajaran. Cabaran dan halangan yang dilalui menggambarkan kegigihan generasi muda menimba pengalaman dan sentiasa mempelajari ilmu yang baru setiap hari.

    Ini perlu dicontohi oleh generasi muda sekarang, kita boleh mulakan dengan catatan ringkas suasana tentang kampung @ taman perumahan sendiri. Mungkin kita berpeluang menziarahi saudara mara yang berbeza keturunannya juga penting dicatatkan kerana baik untuk pembacaan generasi akan datang.

    Atau mungkin juga kesempatan kita sekali-sekala pergi melancong rajin2 la melakukan catatan kemudian kongsikan di dalam blog masing2. Agar yang tak berpeluang dapat merasakan kemanisan pengalaman ‘perlancongan minda’.

    Malah kesempatan kita turun di tengah2 kota meninjau gelagat masyarakat kita juga yang pelbagai ragam juga dapat dikongsikan dan diambil pelajaran bersama.

    Kesimpulan : “Setiap yang kita warisi dan lalui, perlu kita hargai.”


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: