Info

Anjuran

LogoIrakan

 Pengenalan

Mahasiswa merupakan satu aset penting negara kerana mereka adalah bakal pemimpin untuk generasi masa hadapan. Oleh itu mereka hendaklah mempunyai keperibadian yang cemerlang, berintelektual, dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Selain itu program ini juga membuka ruang kepada mahasiswa untuk mendalami ilmu pengembaraan seperti tokoh tersohor Ibn Battutah. Hal ini menjadikan mahasiswa bukan sahaja bijak dari segi kepimpinan malahan berkebolehan dalam khimat sosial.

 

Lantaran itu perlaksanaan program Wacana Ibn Battutah merupakan cetusan idea dari Biro Al-Rihlah dibawah Persatuan I-Rakan yang bertujuan untuk mendedahkan kepada mereka tentang sejarah tamadun dunia, khususnya dunia islam serta menanamkan sifat kepimpinan dalam diri mahasiswa.

 

Dalam program ini dibawah Persatuan I-Rakan dengan kerjasama UNiSEL akan menjemput Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) untuk berkongsi pengalaman di dalam kerja pembangunan sosial serta menerangkan tanggungjawab sebenar remaja sebagai pimpinan negara bukan dari segi teori malahan praktikal dan memperkenalkan penterjemah buku “Pengembaraan Ibn Battutah” dari Universti Putra Malaysia (UPM) serta penyunting buku tersebut iaitu Felo dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Ianya sejajar dengan objektif program ini.

 

Objektif

 

v Memperkenalkan Ibn Battutah seorang pengembara tersohor kepada generasi muda

v Mendedahkan peserta kepada dunia pengembaraan dan menjadikan Ibnu Battutah sebagai ‘role model’

v Memberi peluang kepada peserta untuk menjadi sukarelawan muda yang berkeyakinan didalam menjalankan aktiviti khidmat sosial

v Melahirkan golongan generasi muda yang proaktif dan optimistik bagi menghadapi cabaran era globalisasi

v Memberi peluang kepada mahasiswa untuk mendalami ilmu tamadun dunia khususnya dalam dunia Islam

 

 

 


No Responses Yet to “Info”

  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: