Gerak Kerja

Perhatian kepada semua penggerak Wacana Ibn Battutah sila kemaskini pergerakan anda di dalam blog ini supaya menjadi motivasi dan rasa bersama dalam melakukan gerak kerja walaupun berjuahan.

Advertisements

70 Responses to “Gerak Kerja”

  1. 1 alrihlah

    Kepada semua rakan seperjuangan, teruskan usaha untuk gerak kerja penajaan RM200/seorang

    Chayork..chayork..berusahalah!

  2. 2 alrihlah

    Ahli Panel 1: En. Syed Nurul Akla bin Syed Abdullah (Penterjemah buku Pengembaraan Ibnu Battutah) sudah berstuju untuk hadir dan akan menjadi Penasihat Kelab Ibn Battutah yang akan dilancarkan pada 11 Ogos 2007 ini.

    Ahli Panel 2 : Cik Wan Roslili bt Wan Abd Majid (Penyunting buku Pengembaraan Ibn Battutah) sedang dihubungi oleh Siti Rahmah (Pengarah Program)

  3. 3 mas

    salam..maaf..saya tidak dapat bergerak untuk sponsership buat masa ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..Insyallah saya akan mula bergerak dua hari lagi..

  4. 4 mas

    i need to know..anybody have list of school area kuala selangor?

  5. 5 alrihlah

    Salam..mas please contact Ira, she stay at Kuala Selangor…
    Moga cepat sembuh!!!

  6. 6 siti

    salam..buat masa n sya tengah siapkan urusan dgn penceramah syed akla n k. wan. alhamdulilah respon yg diberikan positif.
    2.esok bru nak mula cari sponsorship sekitar rengit dlu.
    3.list sek kuala selangor iera n aisyah akan uruskan
    4.sya juga dh berhubung dgn slh seorang wartawan dr krangkraf, tp die kuarkan artikel untuk sratkhabar sinar harian.
    5. berkaitan dgn sponsor mjlah dr karangkraf amer dh stuju nak uruskan.

  7. 7 alrihlah

    Salam…borang penyertaan boleh dimuat turun dengan klik alamat di bawah
    https://alrihlah.wordpress.com/2007/06/24/wacana-ibn-battutah/muat-turun-borang-penyertaan-doc/

    atau pergi depan homepage https://alrihlah.wordpress.com

    minta unit Perhubungan & Publisiti war-warkan laman web ini kepada rakan-rakan siber seluruh tanah air…

  8. 8 hida amira

    5 july 2007

    assalammualaikum…
    wt masa ni saya lum lg mendapatkan apa2 sponsorship lg utk wacana,tmpt sy ni ssh sket nk cri sponsorship, tp xperlah saya akan cuba juga setakat yang saya mampu…

  9. 9 cilik15

    salam..thanks for new information about school area kuala selangor. semalam mas dah srvy beberapa company yang menyediakan perkhidmatan menjual kain n stationary…untuk spnser kain for banner,respon adalah mendukacitakan coz diorang x dapat beri kerjasama untuk spnser.tapi diorang just leh runding harga je..so kain untuk banner kita terpaksa modal sendiri n tiada sponser..untuk pelaka for banner n any material like file mas baru dapat contact num beberapa company n Insyallah mas akan call hari ni..area mas memang susah nak dapat sponser..sory for this mistake…untuk sumbangan kewangan Insyallah hari Isnin baru mula beroperasi coz sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..sory again..

    ini adalah design maklumat yang akan di edit dalam banner..JIKA ADA SEBARANG KOMEN SILA KEMUKAKAN SECEPAT MUNGKIN SEBELUM HARI ESOK COZ MAS AKAN MULA BUAT BANNER ESOK SELEPAS SOLAT JUMAAT..

    “ PROGRAM WACANA IBN BATTUTA ”
    TARIKH:11 OGOS 2007(SABTU)
    MASA:8.30pagi – 5.00ptg
    TEMPAT:DEWAN SENAT,UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR,
    KAMPUS BESTARI JAYA

    AHLI PANEL:SYED NURUL AKLA SYED MOHAMAD
    (PENTERJEMAHAN BUKU RIHLAH IBN BATTUTA)
    EN.JUFITRI BIN JOHAR
    (PENGERUSI GRUP PENGKAJI TAMADUN DUNIA)

    SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
    SITI RAHMAH BT MASOT (013-7648207) /
    MOHD NOR BIN DARUS (012-2417582)

    *ada penambahan star blok di sisi kiri n kanan banner maklumat sijil penyertaan, tarikh tutup ncabutan bertuah.

    INI PULA DRAFT SURAT MOHON KEBENARAN PENGGUNAAN PERALATAN DI HEP:

    ____________________________________________________________

    No rujukan :UNiSEL/PER.i-Rakan/Biro Al-Rihlah2007/BIL0?
    Tarikh :5 Julai 2007

    Sesiapa yang berkenaan

    Melalui:
    En. Zulfikri Bin Mohd Kamil
    Timbalan Pendaftar (HEP)

    السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته
    Tuan,

    MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGGUNAKAN PERALATAN & KEMUDAHAN DI PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR (HEP).

    Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Biro Al-Rihlah di bawah Persatuan i-Rakan Universiti Industri Selangor akan menganjurkan program Wacana Ibn Battutah. Program ini bertujuan menyingkap sejarah pengembara tersohor yang terulung dalam lipatan sejarah di samping mendedahkan generasi muda kepada dunia pengembaraan.

    2. Butirannya adalah seperti berikut:

    Hari :Sabtu
    Tarikh :11 Ogos 2007
    Masa :8.00pg – 5.00ptg
    Tempat :Dewan Senat,Kampus Bestari Jaya,Unisel

    3. Dengan ini, kami berharap agar pihak Tuan dapat memberi keizinan kepada pihak Sekretariat Wacana Ibn Battuta untuk menggunakan peralatan seperti print,fax, telefon,keertas A4, alat tulis dan peralatan lain yang berkaitan bagi urusan yang melibatkan panel-panel dan pihak-pihak berkenaan yang terlibat dalam menjayakan program ini. Kerjasama dan jasa baik daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira.

    Sekian,terima kasih

    Yang menjalankan tugas,

    USTAZ HJ MOKHTAR B. HJ RIDZWAN
    Ketua Unit Agama & Pembangunan Insan (HEP)
    Universiti Industri Selangor (UNISEL)

  10. Bro Jufitri & Bro Ryzal setuju untuk hadir…faks surat jemputan kepada Cik Wan (IKIM) akan dilakukan pada jumaat ni..
    Untuk banner kita buat 2 dulu ye Mas
    cuma ada pembetulan sket…

    ——————————————————————————————
    “ WACANA IBN BATTUTAH ”
    TARIKH : 11 OGOS 2007 (SABTU)
    MASA : 8.30 pg – 5.00 ptg
    TEMPAT : DEWAN SENAT, UNISEL
    YURAN : RM10
    Ahli Panel 1: En. Syed Nurul Akla bin Syed Abdullah
    (Penterjemah buku Pengembaraan Ibn Battutah)
    Ahli Panel 2 : Cik Wan Roslili bt Wan Abd Majid
    (Penyunting buku Pengembaraan Ibn Battutah)

    SEBARANG PERTANYAAN & PENDAFTARAN SILA HUBUNGI:
    SITI RAHMAH BT MAS’OT (013-7648207) /
    MOHD NOR BIN DARUS (012-2417582)
    ——————————————————————————————-

  11. 11 cilik15

    salam….mas tiada apa2 perkembangan…just hari ni mas nak start wat banner…ok..semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya…teruskan perjuangan sahabatku andai aku tidak berkesempatan untuk bersama dengan kalian semua…salam

  12. 12 alrihlah

    Salam…wak mas, dah siap bannernya? cantik ke tak?

  13. 13 damiahs

    salam,,
    sy br terima surat sponsor today (ira,thanx) so xstart cari sponsor lagik,,sy start next week sbab this week ade urusan,,but i’ll try my best,,

  14. 14 amier

    salam buat semua ahli al-rihlah…pihak kraftangan ada nyatakan kesudian mereka untuk siarkan program kita ni dalam ruangan majalag diorg. karangkraf nak siarkan dalam majalah remaja…apa pandangan kalian wahai rakan2?

  15. 15 amier

    amier skrg ngah tumpu utk dapatkan sponsor utk majalah yang kita nak tu…dan ngah bincang2 dgn beberapa kenamaan untuk sponsor. apa2 perkembangan kalian tlg maklumkan kat amier k…semoga urusan kalian di permudahkan Allah…salam

  16. 16 alrihlah

    Salam…amier + damiahs, terima kasih kerana memberi perkembangan terkini. Harap dapat melakukan bersungguh2 sehingga berjaya.

    Minta confirmkan awal dengan karangkraf dapat sponsor atau tidak…peserta dalam 200 org. Abg su akan cuba minta daripada majalah anis, millenia dll dan sumbangan makalah daripada inmind!

    Ira cepat sket email ringkasan ibn battutah pada abg su….harap sahabat yg lain dapat juga membaca dan memberi komen dalam ruangan “bedah buku” berkaitan ringkasan buku rihlah ibn battutah. Ini penting supaya kita dapat menghayati semangat beliau dan bincangkan secara kemas ketika wacana berlangsung.

    Rahmah minta emailkan design banner yg akan disponsor…ASAP…

    Sapa JK Pendaftaran? Sulizakan…mana dia tak buat laporan…minta rahmah follow up. Mcm dgn jemputan peserta? sapa yg jemputan kampus seluruh negara. Diaorg nak Isnin depan…jadi boleh fakskan kepada semua IPTA/S tuju kepada MPP/HEP/TNC(Hal Ehwal Pelajar)….Mas biasa kalau jemputan kampus lain, tuju surat kepada sapa?

    Jangan lupa Personal Sponsor rm200 sebelum naik ke unisel….!!!

  17. 17 siti

    salam. design untuk bina sya dh siapkn. sila komen jika da yg x sesuai. design blh tgk dlm alrihlah@yahoo.com
    design akan dihantar pd hari selasa ini.

  18. 18 siti

    banner akan di sponsor..jd mnta respons dr ajk dgn sgera

  19. 19 siti

    senarai nama sek dh ada. sek men sekitar kuala selangor ad 15 n sek men agama ad 3.
    1. SMK seri tanjung
    2. ” Dato Harun
    3. ” Raja Musa
    4. ” Jeram
    5. ” Sungai Burung
    6. ” Tiram Jaya
    7. ” Rantau Pnjang
    8. ” Pengkalan Permata
    9. ” Sultan Abd Aziz
    10. ” ” Sulaiman Shah
    11. ” Seri Desa
    12. ” Saujana Utama
    13. ” agama kuala selangor
    14. ” Sains Selangor
    15. ” Teknik Kuala Selangor
    16. SAM Seri Desa
    17. ” Jeram

    surat ppd dah draft, esok akan berhubung dgn ppd kuala selangor untuk mendapat skongan bg menjemput sek men & agama di kuala selangor.

  20. 20 siti

    suliza n iera mnghadapi kesukaran untk mmbuat laporan dlm gerak keje tp mereka akan buat lporan jika ada masa. mereka ttp beritau melalui sms. suliza dh mulakan gerak keje. iera akan mula pd isnin ini.. ringkasan bab 2 dlm proses nnt iera akan emailkn dgn kadar yg segera. lpas n damiah blh anta ringkasan untuk bab 3.

  21. 21 alrihlah

    salam…ok good! abg su dah tgk banner….ok! cuma teks tak clear dan gambar ibn battutah pecah (tak hensem lagi). Minta Wak Siti Rahmah emailkan format .psd (original photoshop file). Nanti abg su adjust sket…tambah logo I-Rakan/Ikim/Gptd…jika perlu

    Kita kene hantar design Selasa (10.07.07) ni juga ke? Mcm mana dgn orang yang nak jadi sponsor utama? logo dia kita tak masukkan ke? Ameir ada dpt Sponsor Utama…yg dia cover RM1000…(Abg Su try tanya PERKIM…mcm ada harapan. Amier boleh follow up? kat KL)

    # Wak Siti Rahmah minta setkan last date carian sponsor utama diberhentikan sbelum cetak banner! please decide…Confirmkan last date utk cetak dgn company yg sponsor tu. (abg su cadang 16 Julai last date carian sponsor utama)

    MInta logo company sponsor bannert u…kita letak skali kat banner tu!

  22. 22 alrihlah

    Alamat penuh sekolah dan no tel + no faks ada? Cuba sahabat tanya2, 11 Ogos sekolah cuti atau sekolah?

    Seperti yang kita setuju pada meeting pertama di bilik mesyuarat masjid Unisel, 20 Julai sahabat semua akan kembali awal ke Unisel.jadinya tempat tinggal boleh rujuk Siti Rahmah ok!

    Sekarang sponsor tunai terkumpul berapa?

    Terima kasih kepada Iera dan Daimiah yg sedang sibuk menyiapkan ringkasan bab 2 & 3. Bab yg lain 4,5,6,7,8 sapa bertanggungjawab? Sila beri komen juga dalam ruangan bedah buku!

  23. 23 siti

    alamat sek ad ,no faks sek sya xd.alamt, no tel n no faks ppd kuala selangor adalah esok sya try tnya ngan ppd klu die orang blh bantula….

    Banner akan dibincangkan, sya akan mnta 16 julai untuk hntr design. nnt sya anta banner original pthoshop file.

    tmpat tnggal untk mreka yg blk awal sya blh tlg tp llaki? amier? xkan nak duk kt hstel pmpuan. sya dh inform kt amier, insyaallah die akan usaha untuk blk awal ke unisel. nnt amer akan inform.

    Untuk kwan2 sila inform blh x blk awal, 20 julai? ada masalah?

    sponsorship suliza n syikin, die orang cri brsama n dpt rm100. sya stakat n baru dpat rm150. mintak sponsor kt fama die orang beri produk die org sbyk 6 kotak.

    untuk rngkasan ibn battutah bg bab 4, 5, 6 ad mslah sbb bab2 2 ada pda fahmi n ecah..slebihnya ad pd sya.

    untuk jmputan IPTA/S sya dh tnya mpp upm die kata Srat jemputan tuju pd hep n mpp. sya akan try untuk tnya kuis pd ustd firdaus.
    um insyaallah sya blh try. yg lain mnta kwn2 tlg jika blh bntu…

  24. 24 alrihlah

    Ok…bagus Wak Siti Rahmah Binti Wak Mas’ot

    Mintakan semua logo penaja (kalau ada kat website tak perlu) dan alamat dia…Abg Su nak tambah page baru dalam website nie senarai penaja semasa. Termasuk nama penaja peribadi/individu.

    Amier boleh tinggal rumah Abg Su (atau ada kawan sewa rumah dekat unisel?)

    Boleh tak fahmi dan ecah buatkan ringkasan utk bab yg diorg ambik…?sumbangan terakhir mereka! kalau tak minta pulangkan sebelum 20hb ni. Kita delegate pd org baru…atau diorg boleh hantar ke bilik Abg Su Fitm.

    Siti Rahmah pilih satu hari SAHAJA time dh smpi UNISEL, fakskan semua surat jemputan atau Penajaan program…!!!! Minta Mas yang dah ada pengalaman boleh bantu k.

    Buat jadual lengkap No. | Nama Institusi | Alamat | No Tel | No Faks | Penama/PIC | sebelum faks kan ….

    K wslm:)

  25. 25 cilik15

    salam…

    – Tq pada semua kerana membantu perhubungan dan publisiti.
    – kak Rahmah n Iera tq tolong dapatkan senarai sekolah tu..
    untuk jemput IPTA/IPTS terus refer pada MPP IPT berkenaan.
    – Kak Rahmah leh tak tolong forward draft surat PPD pada mas? Bila nak uruskan PPD bagitau ya…
    -Banner tu ok Kak Rahmah…yang penting ada logo penaja sebab tu la strategi untuk tarik penaja..
    – Maaf pada semua sebab mas tak dapat nak cari sponser kewangan lagi sebab mas masih dalam proses rehat n di kuarentin semetara…tak tau sempat or tak nak cari…maaf ya..
    – ni alamat dan no tel serta faks PPD yang mas ada :
    Pejabat Pelajaran Daerah
    Kuala Selangor,
    45000 Kuala Selangor.
    TEL: 603-32898600 / FAX: 603-32893707

    – Kak Rahmah…mas x confirm lagi leh balik 20hb or tak sebab perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan..tapi mas cuba usahakan kalau leh n kalau kesihatan mengizinkan..
    – IKIM Kak Rahmah nak follow up ke? kalau tak, mas try hubungi pihak IKIM..tapi inform awal ya takut clash..
    – Banner dah siap draf 1 tapi tak warna lagi…benner kedua Insyallah start draft esok..
    – maaf sekali lagi sebab mas takde perkembangan yang memberangsangkan setakat ni…tapi untuk 2 banner yang mas kena wat ni ada sponser dari dermawan..dia bagi 4meter kain dan pelaka..so jimat la sikit budget ya shabat2 ku…

    – Untuk jamuan..Kak Hida Amira sila hubungi Nursya sebab dia pernah handle jamuan untuk program…try tanya dia kat mana yang bagi harga paling murah..
    -Untuk GPTD group mas dah follow up sebahagian…tinggal nak hubungi secara rasmi je untuk minta kerjasama diorang.
    – Mas juga dah sebarkan program ni ke beberapa web untuk publish..
    – Surat untuk Majlis Daerah mas dah draft..tinggal nak sahkan n hubungi je…ada sesaiapa tau tak berapa caj sehari yang akan pihak Majlis kenakan utuk gantung banner?
    – sahabat2 sekalian terima kasih sekali lagi mendoakan mas cepat sembuh…

  26. 26 alrihlah

    Salam…Wak Mas!

    Tak perlu follow up GPTD ; sbb kita mmg jemput dia sbg Panel sbelah petang

    Untuk Banner Majlis Daerah tak caj rasanya, cuma kena minta no lesen gantung je…

  27. 27 cilik15

    salam…maksud mas follow up HPTD coz nak minta kerjasama diorang edarkan poster program kita….so how?

  28. 28 cilik15

    eh silap…sory…GPTD

  29. 29 cilik15

    korang….mas dah blur la

  30. 30 acahmakenon

    Tak perlu…Abg Su dah bagi poster pada mereka! don’t blur!

    minta kenal pasti yahoogroups yang berpotensi!

  31. 31 ct

    sya dh cba bincang untuk lmbatkan sponsor banner tp phak dieorang cma bg smpai khmis n aje coz die org terima bnyak tmpahan tkut x blh siap…

    dh berhubung dgn pengarah ikim untuk sponsor mjalah, buku n publish. memandangkan die ada urusan di brunei jdnya die mnta fakskan dulu srat untuk sponsor yg kita mnta. minggu hdapan die blk baru buat tndakan.

    amier dh brhubung dgn karangkraf untuk publish dmjalah, jdnye mjlah remaja yg dh bersetuju.korang sume stuju x msuk dlm majalah remaja. sila bg respon yea.
    phak mjalah remaja mnta klu kita nak siarkan sblm program die mnta kita antar bbrapa gmbar gerak keje. klu nak siar slpas program pun blh. jdnye kita nak siar untuk sblm atau slepas program?

    klu kita nak msukkan iklan dlm JIM blh x? mknenye kita jemput karisma dr JIM.klu blh amier akan uruskan.

    surat jemputan untk syed akla dh dterima, beliau ucapkan terima kasih atas jemputan ini.
    sya juga dh inform melalui email dgn syed akla brkaitan dgn penasihat kelab ibn battutah, beliau dan k.wan brsetuju. mereka mndoakan smoga mjlis ini akan brjalan dgn lancar n meriah. smoga mnjadi suntikan kpd kwan2 untuk lbh berusaha bg mnjayakn pgram wacana ibn battutah.

    bg urusan ppd iera akan uruskan jdnye klu mas nak tau prkmbangan ttg ppd sila brhubung dgn iera.

  32. 32 amier

    salam buat semua…amier skrg ngah berurusan dengan PPIM untuk iklankan program kita…insyaallah Dato’ Dr. Ma’amor akan tolong kita…doakan urusan amier k…thanks. syg kalian semua…berusaha k.

  33. 33 ct

    ok..amier good luck.semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kita…

  34. 34 ct

    ini surat yg dh di draf untuk ppd:

    No rujukan : i-Rakan/Rihlah/WIB/SOKONGAN (01)
    Tarikh : 06/JULAI/2007
    21/JAMADILAKHIR/1428

    Kepada:
    Hj Salihudin b. Mohd Said
    Pegawai Pendidikkan Daerah,
    Kuala Selangor,
    45000 Tanjung Keramat,
    Kuala Selangor.

    Tuan,

    السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته
    MEMINTA SOKONGAN UNTUK MENJEMPUT SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH AGAMA MENENGAH DAERAH KUALA SELANGOR

    Didoakan semoga tuan berada dalam rahmat Allah dan redhanya.

    Perkara di atas dirujuk dengan segala hormatnya. Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Al-Rihlah dibawah Persatuan i-Rakan akan mengadakan program berbentuk keilmuan iaitu Wacana Ibn Battutah. Maklumat lanjut tentang program adalah seperti berikut:

    Tarikh : 11 ogos 2007 (Sabtu)
    Masa : 9.00pg – 5.00ptg
    Tempat : Dewan Senat UNiSEL

    Justeru pihak kami ingin meminta sokongan dari pihak tuan supaya menggalakan setiap Sekolah Menengah dan Sekolah Agama Menengah daerah Kuala Selangor untuk turut serta dalam program wacana Ibn Battutah ini. Kami berharap agar setiap sekolah dapat menghantar wakil pelajar yang mengambil matapelajaran Sejarah. Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan Ibn Battutah kepada generasi muda dan mendalami dunia pengembaraan khususnya dunia islam. Selain itu program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk menjadi sukarelawan muda yang berkeyakinan dalam menjalankan aktiviti khidmat sosial.

    Kerjasama dan jasa baik daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira.

    Sekian, Wassalam.

    Yang benar,

    ————————————–
    (SITI RAHMAH BT MASOT)
    Pengarah
    Program Wacana Ibn Battutah

  35. 35 ct

    Noor fazira mendapat rm77.00 dlm masa satu jam die mncari sponsorship.esok iera akan sambung lg cari sponsorship chayork2 iera 🙂

  36. 36 ct

    nurazsyikin telah capai target sponsorship kita rm200 tahniah n tq atas usahanya…:)

    mas akak dh sent kt email mas ttg profil al-rihlah. tq untuk alamat n no tel ppd kuala selangor.

  37. 37 alrihlah

    Salam…ok bagus Amier! mcm mana dgn karangkraf punya majalah, dapat tak?
    Penajaan kewangan ada, URGENT tu!

  38. 38 ida

    assalammualaikum….

    saya setakat baru dapat suku untuk sponsorship.. tp utk tempahan jamuan untuk breakfast, lunch and mnm ptg sy lum dapat lg la.. sy x tau nak contact sesape mengenai tempahan jamuan… ader sesape leh tlg saya x dalam hal ni… please…

  39. 39 cilik15

    salam….saudara Amier terima kasih banyak inform awal yang kamu dah hubungi PPIM..saya baru nak hubungi hari ni,nasib baik saya check dulu….tq

  40. 40 amier

    pasal penajaan majalah masih tgu respon dari cik mazni,pegawai unit komunikasi korporat karangkraf. emm…pasal tajaan kewangan insyaallah ada. boleh amier tahu dari semua…berapa dana terkumpul kita setakat ini…

  41. 41 amier

    abg su…kalau tak silap amier,siti ada cakap pasal karangkraf dah setuju nak bantu dalam publisiti untuk program kita. abg su setuju? emm…diorg nak beberapa keping gambar yang sesuai,dan maklumat pasal program. maklumat dah ok…just gmbr2 je amier tak tau nak bg…takde pun! nak bg gmbr amier,hensem sgt…hehehe

  42. 42 amier

    minta tlg abg su emailkan gmbr2 yang nk anta kat majalah remaja…editor remaja,Cikli tak kisah ble2 pun kite anta maklumat tu…tapi kita la,lg cepat…lagi bagus. emm…email amier…amier_ceo181@yahoo.com atau arms_senshei181@yahoo.com. thanks abg su.

  43. 43 alrihlah

    Salam…setuju! cuma majalah remaja akan publish lepas program atau sebelum? kalau lepas, kita bagi laporan penuh program nanti dgn gambar…confirmkan segera.

  44. 44 amier

    terpulang pada kita…kalau cepat kita publish,mudah nak dapatkan sponsor sbb ruangan kita dlm majalah leh jadi asset gak buat kita… dan lagi,ruangan kita boleh jadi hebahan untuk program wacana…

  45. 45 amier

    apa pun t’pulang pada abg su dgn rakan2 lain…klu publish pas program,ada gak gmbr2 yang sesuai…pastu leh fokus utk cari dana ke indonesia lak… bg amier,mana2 pun bleh.

  46. 46 ct

    salam..rsanye klu kita publish pas program pun ok gak sbb gmbar ad, blh kta ckp ngan die org program susulan kta slps wacana snang nak cri dana. klu skarang blh tp gmbar yg nak diberi pun xd…itu pndangan syalah x tau rkn2 yg lain..

  47. 47 cilik15

    salam…mas rasa untuk majalah remaja better bg selepas program coz itu lagi baik..macam amier kata,leh cari dana untuk misi kita…maksudnya,bila maklumat program kita yg dah berjaya tu dipaparkan sekurang-kurangnya ramai yang akan tahu tentang program kita khususnya remaja tentang pengisian program kita melalui ringkasan laporan dan bukti gambar-ganbar semasa program berlangsung…lagi satu kebbaikannya,mungkin ada badan-badan tertentu yang sudi menawarkan untuk menaja kita sepenuhnya untuk aktiviti akan datang seterusnya untuk kos kita ke Indonesia….yang penting dalam laporan tu nanti mesti detail dan cukup maklumat untuk tarik penaja….itu saja pendapat mas…

  48. 48 alrihlah

    salam…kalau macam tu, kalau kita cover promo sebelum & selepas boleh? kalu sekali je…kita ambik lepas program…mcm mana pengarah? setuju?

  49. 49 alrihlah

    Skrg kita kene fokus pada sponsorship cash! utk cover bajet (makan, sijil dll) dan juga peserta. setakat ini belum sorang lagi daftar…bila nak fakskan kepada IPTA/S, sekolah dll. Gerak kerja kita lancar atau tidak? Pengarah respon sket! kalau tak lancar lagi minta delegate kerja pd ajk. k wslm:)

  50. 50 RAHMAH

    setuju.. klu skali promo kita buat lepas program.

  51. 51 RAHMAH

    berkenaan dgn sponsorship cash stakat n yg sya dpt dari ajk keseluruhannya rm 496.00. berkaitan dgn peserta, setiap ajk dikehendaki mencari hanya 5 org peserta, borang pendaftaran akan diberikan kepada setiap ajk bila naik cuti!untuk persatuan n kelab surat jemputan dh siap kita mnta die org anta wakil 3 or 5 org. bg jemputan IPTA/S, surat pun dh siap tnggal tunggu masa nak gerak, insyaallah 20 hrbulan.
    untuk sek kita kan edarkan surat jemputan bila ppd dh bg sokongan.

    untk banner yg nak dgantung diluar unisel kna tnggu mas bwk blk bannr tersebut ke unisel. klu mas jadi blk 19, 20hrblan die n iera akn setlekn dmjls daerah.

    21 n 22julai gerak untk cari sponsor di sekitar batang berjuntai n tanjung karang.

  52. 52 RAHMAH

    maaf klu prgerakkan tdk bpe lancar, sya msh lg dlm proses pmbelajaran..

  53. 53 alrihlah

    Ok…alhamdulillah! we are on the right track…keep in touch…touch n GO…GO for the target! k wslm:)

  54. 54 cilik15

    salam…kak Rahmah n Abg Su serta rakan seperjuangn yg lain..terlebih dahulu mas mohon maaf coz mungkin mas x dapt balik Unisel 20hb ni coz masalah kesihatan…tentang banner tu mas akan cuba siapkan secepat mungkin sebelum 20hb dan Insyallh mas akan kirimkn pa kak Rahmah atau Abg Su terus melalui pos
    tentang sponser mas dah dpt RM150 melalui 2sumbangn…itupun mas cari dalam sehari ms mas sihat sikit…ni mas dah tak sihat balik so xdapat nak cari lagi…maaf ya sume

  55. 55 alrihlah

    Salam…minta sahabat2 emailkan senarai penuh individu @ organisasi yang dah sponsor program kita ke alrihlah@yahoo.com. Minta logo company jika ada….k wslm

  56. 56 ida

    assalammualaikum…

    rahmah,saya mintak maaf sesangat kemungkinan bsr saya x dapat nak blk unisel pada 20/7 coz ader masalah sket… kemungkinan saya leh balik unisel 27/7 nanti… and tentang jamuan, saya akan try deal ngan pakcik Din kg belakang untuk jamuan peserta..

  57. 57 alrihlah

    Salam…barangsiapa yang tiada upaya untuk pulang awal ke unisel hendaklah menyatakan sebab yang jelas lagi relevan. Serta nyatakan juga komitmen di kampung halaman masing2 untuk bantu rakan-rakan lain menjayakan program kita. Seperti cth : Akan menggiatkan usaha carian penajaan hingga ke Rm 500 /= dan mengupaskan buku Pengembaraan Ibn Battutah…memberi pandangan bagaimana kegigihan Ibn Battutah dapat diteladani oleh generasi muda kini.

  58. 58 Amier

    sowey lama menyepi…amier skrg ngah fokus utk sponsor cash…fokus amier byk kat pihak individu…dn lagi amier ngah dapatkan surat sokongan dari beberapa kementerian. besar nilai surat sokongan tu utk program kita. buat masa ni amier agak bz,tak dapat nak slalu contact dgn y’all… jgn risau ttg amier k…

  59. 59 Amier

    respon utk sponsor majalah mkn masa sket…amier tak tgu karangkraf sgt. Skrg ngah deal dgn dewan bahasa dan pustaka lak. bagi amier masa k. wish me good luck…

  60. 60 alrihlah

    Salam…ok, good! terima kasih kerana update gerak kerja amier. bila balik unisel!

  61. 61 alrihlah

    Salam…untuk makluman sahabat2, abg su dan rahmah telah faks kan surat penajaan majalah ke IKIM, Milenia Muslim, Anaqah, dan Majalah I. Mohon yang lain doa agar kita sumbangan majalah mereka, amin!

    Kami sedang usahakan penajaan sebuah buku Pengembaraan Ibn Battutah daripada pihak IKIM sendiri agar kita dapat mengupas dengan lebih tuntas bila naik sem akan datang, insya Allah.

    Bagi sahabat2 yang jangka TAK dapat balik FOKUS + GERAK personal sponsorship (cash >> RM 400-500) dan sumbangan hadiah atau buku untuk POP KUIZ dan cabutan bertuah!

    “HIDUP BIAR BERJASA, MATI BIAR BERIMAN”

  62. 62 amier

    amier cuba blik secepat yang mgkn tau…tp klu tk dpt blik awal…maaf ye. ada sebab2 t’tentu yang tak dapat di elakkn la. tapi amier cuba settlekn semuanya secepat yang mungkin.

  63. Tahniah dan Syabas kepada Unit Ar-Rihlah I Rakan kerana kejayaan memulakan program. Kami di pihak GPTD akan menyokong penuh usaha kalian. Jangan lupa buat lawatan jumpa Abang Syed Akla dan Kak Wan IKIM. – Jufitri Joha

  64. 64 cilik15

    salam…..
    naik sem nanti mas akan berurusan dengan pihak marketing unisel untuk dapatkan sponsor fail dan alat tulis……..doakan semoga mereka dapat beri kerjasama pd kita semua untuk program ni….

    Mr. Izwan Suhadak, banner dah di pos..kalu ah sampai plz inform…

  65. 65 alrihlah

    Ok..roger n out!

  66. 66 alrihlah

    Salam…alhamdulillah asbab usaha dan kesabaran kita…sila lihat hasilnya https://alrihlah.wordpress.com/penajaan/

    Teruskan dan lipat gandakan usaha saudara saudari!

  67. 67 cilik15

    salam….banner dah sampai lum? dah setle ke?

  68. 68 alrihlah

    dah dpt…nanti kita gantung dalam kampus! nice…

  69. 69 alrihlah

    Salam…alhamdulillah! kita ada beberapa hari lagi utk menujupuncak program. Buat maklumat…kita dah menerima 200 naskhah majalah VISI dan 2 buah buku Rihlah Ibn Battutah sumbangan daripada IKIM. 200 majalah Aniqah dan 200 majalah Milenia Muslim daripada sumbangan MMP Communications.

    Beberapa lagi sumbangan kewangan daripada individu yang tidak mahu didedahkan identitinya. TERIMA KASIH semua.

  70. 70 alrihlah

    Alhamdulillah…akhirnya kita telah berjaya menganjurkan Wacana Ibn Battutah! Bersyukur kita kepada hadrat Allah SWT kerna dengan izin-Nya kita dapat selesaikan amanah yang diberikan. Tidak lupa juga kepada AJK yang bertungkus lumus berkorban masa, wang dan tenaga demi memastikan perjalanan wacana lancar.

    Semuga usaha kita di kira sebagai amalan di akhirat nanti….jumpa lagi di syurga! k wlsm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: